Page 84 - BTDM BIL 214
P. 84

                                10 BGD PARA
Eks SHELLDRAKE Para Siri 2/2018
Oleh: Mej Muhammad Junaidi Moggie Abdullah
Secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran krew dalam mengendalikan peralatan, melak- sanakan kawad di Pos Perintah (POSTAH) Meriam dan Mortar, latihan aturgerak pada waktu siang dan malam, latihan keupayaan Kumpulan Ketua Bateri,Pemerhati (FOO) dan Kawalan Tembakan Bergerak (KTB) di dalam melaksanakan Rancangan Tembakan Tidak Langsung.
MELAKA: Seramai tiga pegawai dan 79 anggota dari 1 RAD Para dan gabungan Platun Mortar daripada 9 RAMD Para, 17 RAMD Para dan 8 RRD Para terlibat dalam Eksesais SHELLDRAKE Para Siri 2/2018 di kawasan Melaka ber- mula 2 hingga 3 Jul 2018.
Eks Gabungan Rejimen Pertama Artileri Diraja Para
10 Bgd Para Pamer Kehebatan Bertempur
Eks STALLION WHEEL Siri 2/2018
dan Platun Mortar Ketumbukan 10 Bgd (Para) diket- uai oleh Ketua Bateri Alpha, Mej Muhammad Junaidi Moggie Abdullah dan Ketua Seksyen Mortar, SSjn Azmi Arman melibatkan persenjataan aset utama ban- tuan tempur ketumbukan 10 Bgd (Para) iaitu Meriam 105mm PH L5 dan 81mm Mortar.
 Latihan ini merupakan latihan tahunan yang di- rancang oleh 10 Bgd (Para) bagi memperkasakan dan menilai tahap kesiapsiagaan aset Bantuan Tempur di bawah formasi ini agar sentiasa berada di tahap yang tertinggi.
Objektif utama latihan ini untuk menilai tahap pengetahuan dan aspek teknikal Artileri dan Mortar bagi pegawai, PTT Kanan dan kesemua anggota yg terlibat.
  82
MELAKA: Seramai empat pegawai dan 34 anggota Lain- Lain Pangkat di bawah naungan 10 Bgd (Para) terlibat dalam Latihan Pemanduan Malam di sekitar kawasan Bertam Hulu yang diadakan dari 4 hingga 5 Jul 2018.
 Latihan ini dilaksanakan di kawasan jalan tidak ber- turap dan merupakan anjuran 10 Kompeni KPD (Para).
Ianya merupakan pendedahan bagi mengendalikan kenderaan di waktu malam menggunakan lampu konvoi dan Night Vision Device (NVD) serta mendedahkan dan meningkatkan kemahiran anggota kepada aspek peman- duan berhemah dan senggaraan kenderaan pada waktu malam.
Selain itu, latihan ini juga bertujuan untuk meningkat- kan keyakinan dan kepercayaan kepada anggota pemandu dalam aspek pemanduan waktu malam secara taktikal menggunakan Night Vision Device (NVD). - Lt M Nurul Farhana Badrol Hisam, Gambar: Lt M Syahrul Faiz Abrahim
MELAKA: Seramai tiga pegawai dan 175 penuntut Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dari tiga perkhidmatan serta penuntut luar negara telah mengadakan Study Tour di mana lawatan ini merupakan acara tahunan ke Kem Terendak pada 11 Jul 2018.
 Study tour telah dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu syarahan berkenaan formasi 10 Bgd (Para) serta 3 Div dan disusuli dengan demonstrasi Dinamik 10 Bgd (Para) bertempat di Dataran Parawood, 8 RRD (Para).
Demonstrasi dinamik 10 Bgd (Para) merangkumi segmen Tempur Tanpa Senjata, Latihan Keyakinan Diri, Demonstrasi Pertempuran, Latihan Penerjunan serta Pameran Statik aset-aset 10 Bgd (Para) dan diakhiri den- gan Tarian Perang 10 Bgd (Para) serta sesi bergambar.
Turut hadir Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato' Tengku Muhamad Fauzi Tengku Ibrahim, Komandan MTAT, Brig Jen Dato' Haji Md Yusof Aziz, penuntut dari Melaka International College of Science and Technology dan Kadet PKBM Melaka. - Lt Muhamad Zainalarifin Mohamad Zainal Abidin, Gambar: Gabungan 10 Bgd (Para)















































































   82   83   84   85   86