Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Majlis Serah Terima Tugas PAT

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-20, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ts. Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin telah menyerahkan tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM yang merupakan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera ini telah disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Hj Mohamad Sabu di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia pada 2 Jan 2020.

Perlantikan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-21 merupakan Panglima Tentera Udara (PTU) yang kedua dilantik sebagai Panglima ATM selepas Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM yang memegang jawatan sebagai Panglima ATM Ke-17 pada 1 Sep 2009 hingga 14 Jun 2011.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi merupakan anak jati Sarawak pertama yang dilantik menerajui kepimpinan tertinggi dalam organisasi ATM.

Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ts. Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin telah menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-20 pada 20 Jun 2018 setelah mengambil alih jawatan tersebut daripada Panglima Angkatan Tentera Ke-19 iaitu Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Majlis diakhiri dalam acara send-off di mana para pegawai dan anggota ATM berbaris mulai ruang legar bangunan Wisma Pertahanan hingga ke balai pengawal utama untuk mengiringi serta bersalaman sebagai tanda akhir mengucapkan selamat bersara kepada beliau yang telah 4 dekad menabur bakti kepada negara.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Kamalruzaman Mohd Othman TUDM serta para pegawai kanan ATM.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close