Bersama PemimpinMK TDSemasa

Kunjungan Hormat Sempena Lawatan RTA Ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Commander In Chief, Royal Thai Army (C-in-C, RTA), Gen Apirat Kongsompong dan delegasi melakukan Kunjungan Hormat (KH) ke atas rakan sejawatnya Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia di Wisma Pertahanan pada 29 Jan 2020.

Sebaik tiba di perkarangan Wisma Petahanan, Gen Apirat Kongsompong disambut oleh PTD lalu menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri dari tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Mohd Shaiful Amri Omar.

Selesai KKU, PTD mengiringi beliau untuk diperkenalkan kepada pegawai kanan Tentera Darat dan seterusnya meneruskan acara kunjungan hormat di pejabat PTD serta menandatangani Buku Lawatan.

Dalam pada itu beliau turut berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan (MENHAN), Hj Mohamad Sabu dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Seri Hj Affendi Hj Buang TUDM di Wisma Pertahanan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.

Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close