Bersama PemimpinSemasa

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 37 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dari pelbagai kor dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 30 Dis 2019.

Kenaikan pangkat dimulai dengan Brig Jen Hj Abd Malik Hj Amid yang dinaikkan pangkat Mej Jen serta menjawat jawatan sebagai Komandan ALK, UPNM dan seramai lapan pegawai kanan TD dinaikkan pangkat Brig Jen iaitu Kol Dr. Hj Ahmad Sham Hj Baharin, Kol Abdul Razak Hussain, Kol Hj Zakaria Hj Abu, Kol Hj Zakaria Abdul Rahman, Kol Dr Syed Edi Sazaly Syed Haidzir, Kol Abd Wahab Geoh, Kol Ezani Abdullah dan Kol Mohd Nor Abd Karim.

Bagi kenaikan pangkat Lt Kol ke Kol, seramai 11 pegawai kanan TD dinaikkan pangkat manakala kenaikan pangkat dari Mej ke Lt Kol melibatkan seramai 14 pegawai kanan TD.

Selain itu dua pegawai kanan TD turut dipakaikan pangkat Kol Kehormat dan dua lagi pegawai kanan dinaikkan pangkat Kol Sukarela serta seorang dinaikkan pangkat Lt Kol Sukarela.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat dan mengingatkan bahawa lebih tinggi sesuatu pangkat maka lebih tinggi tahap piawaian yang perlu dipenuhi dengan cabaran mutlaknya ialah memelihara prestasi diri dan kepercayaan organisasi.

“Sebagai pemimpin saudara-saudara bertangungjawab melatih anggota bawahan untuk melaksanakan tugas dengan sempurna kerana sekiranya setiap warga melaksanakan tanggungjawab masing-masing, TD akan lebih harmoni dan lebih cekap,” tegas PTD.

Tambahnya lagi dalam meraikan kejayaan ini janganlah dilupakan sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh pasangan dan anak-anak yang mana rezeki ini merupakan berkat sumbangan, kesetiaan dan kasih sayang keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan seyiap individu itu.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.

Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close