MMR Penghargaan PAT

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Sempena Penghargaan PAT Ke-20 bertempat di Wisma Perwira ATM pada 18 Dis 2019.

Majlis diadakan bertujuan untuk mengenang jasa serta meraikan peralihan kuasa pentadbiran ATM yang telah dicurah beliau semasa memegang tampuk pemerintahan sebagai PAT Ke-20.

Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin telah dilahirkan di Perak pada tanggal 30 Nov 1958, beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 21 Disember 1978 kedalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), kemuncak kerjaya beliau dalam Tentera Darat Malaysia adalah apabila dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 15 Jun 2011 serta pada 20 Jun 2018 beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-20.

Dalam ucapan PAT, menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga ATM dan warga negara Malaysia kerana menpercayai kredibilitinya untuk memimpin ketumbukan ATM, ATM akan tetap unggul dengan visi dan misinya serta tidak akan berganjak walaupun sedikit demi mendepani pelbagai cabaran dan ancaman agar kesejahteraan terus terpelihara agar dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

“Saya amat berharap agar kesatuan yang dibentuk dari semangat kesetiaan dan profesionalisme yang tinggi telah terpahat sebati utuh dalam diri kita dan akan diperkukuhkan lagi dari masa ke semasa,” ujar PAT.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang, Panglima Tentera Laut, Laksmana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany serta pegawai kanan ATM.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close