Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Khutbah Jumaat penghargaan Panglima Angkatan Tentera Ke-20

KUALA LUMPUR:  Seramai 1000 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terdiri dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara hadir dalam Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Khutbah Jumaat Penghargaan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-20, Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin di Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH pada 27 Dis 2019.

Majlis dimulakan dengan memperdengarkan bacaan Surah Yassin dipimpin oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan, Brg Jen Dato’ Hj Nawawi Hj Daud disusuli dengan Doa Selamat.

Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Hj Mamat membaca Khutbah Jumaat Khas Penghargaan PAT bertajuk Menggalas Taklifan, Membebas Tasyrifan.

Mimbar juga berpesan beringatlah bahawa setiap dari kita adalah pemimpin dan ada bebanan amanah yang tertunggak di bahu masing-masing dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin.

Selain itu mimbar juga menyeru semua yang hadir agar sentiasa berawas dan berwaspada dengan amalan dan kerja yang dilaksanakan yang mana mana kita memegang sesuatu amanah.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang dan Panglima Tentera Laut, Laksmana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close