Bersama PemimpinSemasa

Sambutan Maulidur Rasul 2019 Peringkat ATM

KUALA LUMPUR:  Seramai 114 pegawai dan 326 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terdiri dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara terlibat dalam perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ATM Tahun 1441H/2019 bermula dari  Padang Kawad KEMENTAH hingga ke Dataran Masjid Khalid Al-Walid  pada 22 Nov 2019.

Perarakan ini di ketuai oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi yang mana setiap kontijen perarakan telah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sebaik tiba di perkarangan masjid semua yang terlibat masuk ke dewan solat utama bagi meneruskan acara seterusnya iaitu Solat Sunat Dhuha, Pelancaran Buku Kitab Al-Maghazi dan Perasmian Karnival Rahmah 2019 disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin.

Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini bertujuan sebagai mendokong konsep Negara Rahmah Ummah Sejahtera yang diperkenalkan pada sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan dan juga bagi menyemarakkan nilai-nilai kasih sayang dalam kalangan warga ATM.

Selain itu sambutan yang diadakan selama tiga hari bermula dari 21 hingga 23 Nov 2019 ini telah dibuka kepada orang ramai melalui penganjuran Karnival Rahmah dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti Rawatan Perubatan Islam, Perkhidmatan Kaunseling, Kaunter Zakat Bergerak, Klinik Al-Quran, Tulisan Khat, Pameran Tabung Haji, Gerobok Rezeki dan gerai jualan.

Turut menyertai perarakan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Ketua Staf MK ATM, Lt Jen Datuk Kamalzuman Mohd Othman TUDM.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close