Bersama PemimpinSemasa

PTD Brunei Ahli Ke-12 MPAT

KUALA LUMPUR: Pemeritah Tentera Darat Diraja Brunei, Brig Jen Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed Awang Hj Lampoh dimasyurkan sebagai Ahli Hall Of Fame Ke-12 Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dalam Majlis Pemasyuran Hall Of Fame Siri 12/2019 di Dewan Trisakti, MPAT pada 11 okt 2019.

Majlis ini disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di mana pemasyuran ini secara tidak langsung untuk memberi pengiktirafan secara nyata dan merupakan penghormatan berprestij tertinggi MPAT kepada alumninya.

Selain itu, ia juga sebagai tanda penghargaan di mana mereka yang terdiri daripada alumni maktab yang telah berjaya menjawat jawatan tertinggi di dalam perkhidmatan masing-masing.

MPAT merupakan institusi pendidikan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyediakan pendidikan profesional di peringkat Sarjana yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai ATM berpangkat Leftenan Kolonel dan Kolonel atau setaraf daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM bagi melengkap dan menyediakan mereka untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.

Menyentuh keperibadian Brig Jen Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed Awang Hj Lampoh, beliau menghadiri latihan rekrut pada 5 Feb 1990 dan tamat latihan Pegawai kadet pada 19 Jun 1991 di Officer Cadet School, Waiouru, New Zealand.

Bagi menghargai jasa dan sumbangan kepada Negara dan Perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan Darjah Pahlawan Negara Brunei (P.S.P.N.B) Yang Amat Perkasa Darjah Pertama pada tahun 2018 yang membawa gelaran Dato Seri Pahlawan.

Brig Jen Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed Awang Hj Lampoh telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Mazlin Osman dan dikurniakan enam cahaya mata.

Turut hadir Ketua Staf ATM, Lt Jen Dato’ Kamarulzaman Mohd Othman TUDM, Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi Latihan dan Pertahanan, Mej Jen Hashim Aman Shah dan Komandan MPAT, Laksma Mohd Fadzil Kamal Mohd Mohaldin.

Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close