Bersama PemimpinSemasa

Agong Kurnia Pingat DKAT Kepada Perwira ATM

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hjh Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli ke Istiadat Pengurniaaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) di Balairung Istana Melawati, Putrajaya pada 9 Okt 2019.

DKAT dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku sebaik ketibaan Agong dan Permaisuri Agong lalu istiadat pengurniaan dimulakan dengan pengurniaan pingat terdiri dari Pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT).

Seramai 605 penerima dianugerahkan pingat dalam Istiadat DKAT pada kali ini, di mana terdapat dua sesi iaitu sesi pertama diadakan pada 8 Okt 2019 dan sesi kedua pada 9 Okt 2019.

Penganugerahan Pingat DKAT ini diberikan kepada pegawai dan anggota LLP yang berkelayakkan diatas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan didalam perkhidmatan ATM.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Senator Chin Tong, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close