Bersama PemimpinLatihanMINDEFMK TDPersonalitiSemasa

PTD Terima Pemasyuran MPAT Ahli Yang Ke 11

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi telah dimasyhurkan sebagai Ahli Hall of Fame Ke-11 Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dalam Majlis Pemasyhuran Hall of Fame Siri 11/2019 yang diadakan di Dewan Trisakti MPAT, pada 30 Sep 2019.

Acara pemasyhuran telah disempurnakan oleh Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Fadzli Kamal Mohd Mohaldin yang mana idea mewujudkan Hall of Fame telah dicetuskan semasa Mesyuarat Lembaga Gabenor Maktab (Board of Governors) Ke-45 pada 30 Dis 2013.

Personaliti yang layak dimasyhurkan sebagai ahli Hall of Fame MPAT adalah terdiri daripada alumni maktab yang telah berjaya menjawat jawatan tertinggi di dalam perkhidmatan masing-masing.

Pemasyhuran ini secara langsung memberi pengiktirafan secara nyata dan merupakan penghormatan berprestij tertinggi MPAT kepada alumninya.

Selain Majlis Pemasyhuran, sebagai tanda penghargaan, mereka yang dimasyhurkan dengan status kehormat ini akan menerima sijil peribadi dan momento Hall of Fame serta gambar potret penerima akan dipamerkan bersama penerima terdahulu di ruang yang dikhususkan.

Turut hadir dalam majlis tersebut, pegawai-pegawai kanan ATM, alumni-alumni MPAT dan peserta kursus MPAT.

Oleh: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close