Bersama PemimpinMK TDSemasa

Pemakaian Pangkat DYTM Raja Muda Kedah

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi  telah menyempurnakan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela Askar Wataniah bagi Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehhudin di Istana Darul Aman pada 6 Sep 2019.

Terdahulu Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Muda Kedah disambut oleh PTD.

Acara diteruskan dengan Raja Muda Kedah dipakaikan pangkat Brig Jen oleh PTD dan menjawat jawatan sebagai Komander Rej Askar Wataniah (AW) berkuatkuasa 25 Mei 2019.

Serba ringkas keperibadian DYTM Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehhudin diputerakan pada 2 Mac 1967 di Alor Setar, Kedah

Baginda merupakan anakanda pertama dan bertemu jodoh dengan DYTM Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff serta berpendidikan Brunel University, Uxbridge Middlesex United Kingdom, Bachelor of Laws (Hons),

Kini baginda telah dilantik sebagai Pengerusi, di Thong Guan Industries Berhad dan sebagai Rakan Kongsi di Kamil Hashim Raj & Lim Advocates & Solicitors. 

Turut hadir Pengerusi RAMD, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Badrul Hisham Muhammad.

Oleh: Saifun Hakimi Zainon

Gambar: Kpl Mohd Zulkifli Awang (Pej PTD)

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close