Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Majlis Tahlil Sempena Hari Pahlawan 2019

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara pada 18 Sep 2019.

Terdahulu keberangkatan tiba baginda berdua disambut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Seramai 2000 jemaah hadir terdiri daripada penjawat awam, wakil agensi kerajaan dan pelajar sekolah tahfiz yang mana majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close