Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Majlis Perasmian KKN 2020, MPAT Siri 40/2020 dan Kursus PDSM Siri 49/2020

PUTRAJAYA: Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Ketahanan Nasional Siri 2020, Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Siri 40/2020 serta Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 49/2020 yang mana merupakan kursus pertama dilaksanakan di Kompleks Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) pada 20 Sep 2019.

PUSPAHANAS merupakan sebuah pusat pengajian ATM yang dibangunkan sebagai sebuah kolej pengajian yang moden dan kondusif dengan menempatkan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dengan secara berperingkat melalui proses pemindahan operasi dari Jalan Padang Tembak ke Putrajaya.

Infrastruktur yang telah siap dibina sepenuhnya di Presint 1 berkeluasan 40.99 ekar menyediakan ruang pejabat yang moden, bilik kuliah dan pengajaran yang lebih efisien untuk sesi pembelajaran para penuntut.

Perasmian kursus buat pertama kalinya di kompleks ini melibatkan penuntut bagi Kursus PDSM Siri 49/2020 seramai 165 pegawai meliputi pegawai ATM dan pegawai tentera luar negara yang berpangkat Mej dan Lt Kol.

Bagi MPAT Siri 40/2020 dihadiri seramai 41 pegawai-pegawai kanan ATM, Awam, PDRM dan pegawai tentera luar negara yang berpangkat Lt Kol ke atas.

Pada masa sama turut diadakan acara menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk pelaksanaan program Kursus Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional (MKN).

Maktab ini menyediakan kursus berkaitan perkara – perkara strategik dan pertahanan nasional kepada pegawai ATM yang berpangkat Kol dan Brig Jen, KKN 2020 melibatkan seramai 20 pegawai kanan dari Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara sebagai pioneer di maktab ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Panglima Tentera Laut, Laksmana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang (TUDM), Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah mewakili Panglima Tentera Darat dan Ketua Staf MK ATM, Lt Jen Datuk Kamarulzaman Mohd Othman (TUDM).

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close