Bersama PemimpinMK TDSemasa

Lawatan Kerja KSU KEMENTAH Ke MK TD

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia (KSU KEMENTAH), Datuk Seri Mohd Zuki Ali melakukan Lawatan Kerja beliau ke Markas Tentera Darat pada 28 Ogos 2019.

Sebaik ketibaan KSU, beliau disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi lalu diperkenalkan kepada Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah (BCJ) MKTD.

Beliau kemudiannya dibawa ke Bilik Tetamu PTD dan menandatangani Buku Lawatan serta di beri taklimat berkenaan MKTD di Bilik Mesyuarat Sekretariat.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Ketua Staf TD, Mej Jen Datuk Zakaria Hj Yadi serta pegawai kanan TD.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close