Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-38

JOHOR: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor  berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam yang diadakan di Padang Kawad Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 3 Ogos 2019.

Perbarisan ini melibatkan seramai 1,560 Pegawai Kadet terdiri daripada 720 Pegawai Kadet Lelaki dan 840 Pegawai Kadet Wanita dan diketuai oleh Pegawai Kadet Terbaik Darat, Pegawai Rendah Muda Kamarul Hafizi Kamaruzaman dari PALAPES Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan ialah Pegawai Waran Satu Tuan Azman Tuan Sulaiman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Manakala pancaragam yang mengiringi perbarisan adalah gabungan Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja, Pancaragam Pusat Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia dibawah pimpinan Lt Muhamad Hanif Che Razak TUDM.

Istiadat Pentauliahan ini adalah manifestasi berterusan Kementerian Pertahanandan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjayakan hasrat kerajaan Malaysia bagi memperkasakan Pasukan Simpanan ATM sejajar dengan KonsepPertahanan Menyeluruh (HANRUH).

Selain itu, istiadat ini juga membuktikan kejayaan usaha kedua-dua kementerian dalam melahirkan modal insan yang cekal dan mempunyai kualiti kepimpinan yang mantap sebagai generasi pewaris teraju negara.

Pegawai Kadet yang ditauliahkan berpeluang memanfaatkan kebolehan mereka dengan menyertai Askar Wataniah di salah satu daripada 16 unit Rejimen Siri 500 AW di seluruh Malaysia manakala bagi Pegawai Kadet Laut dan Udara mereka boleh melapor kepasukan yang berdekatan dengan mereka.

Perbarisan pada kali ini, menyaksikan seramai 34 Pegawai Kadet Terbaik Universiti Awam menerima Pedang Kehormat yang disempurnakan oleh TMJ.

Dalam titah ucapan DYAM Tunku Mahkota Johor, baginda menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh Pegawai Kadet yang berjaya menamatkan latihan dan baginda yakin dengan ilmu yang telah diperoleh semasa dalam latihan, pegawai-pegawai ini dapat menyumbang kearah pembentukan ATM yang ampuh dan kredibel.

“Beta menyeru setiap yang hadir pada hari ini agar dapat menjiwai nilai-nilai yang diterapkan dalam diri masing-masing untuk meningkat dan memantapkan diri agar sentiasa menjadi satu ketumbukan yang digeruni dan disegani.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menyemai dan menanam tanggungjawab ini serta kepimpinan sebagaimana pemimpin Islam terdahulu untuk menjadi role model bukan sahaja kepada anggota bawahan malahan kepada masyarakat,”titah TMJ.

Turuthadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong, PanglimaTentera Udara,  Jen Tan Sri Dato’ Sri HjAffandiBuang TUDM, TimbalanPanglimaTenteraDarat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk KhairulAnuar Yahya, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Kol (Kehormat) Prof Datuk Ir. Dr Wahid Omar, Pegawai-pegawai Kanan ATM dan Naib Canselor Universiti Awam.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Lihat juga

Close
Back to top button
Close