Bersama PemimpinSemasa

Hari Raya Aidiladha dan Korban Peringkat TD

KUALA LUMPUR: Seramai 3000 warga Tentera Darat (TD) sekitar Lembah Klang hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Korban/Akikah Peringkat TD bertempat di Kem Batu Kentomen pada 11 Ogos 2019.

Sejumlah 24 ekor lembu dan dua ekor kambing dikorbankan melalui penyertaan anggota TD yang bertugas di kawasan Lembah Klang.

Pada masa sama acara ini secara tidak langsung memberi satu suasana kemeriahan ibadah korban kerana ianya dilaksanakan secara bergotong royong serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim warga TD.

Terdahulu acara dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha dan Khutbah yang diadakan di Garaj B, 92 Depoh Kenderaan Pusat diimamkan oleh Pegawai Staf 2 Agama Markas Pemerintahan Logistik TD, Lt Kol Ahmad Sukri Ibrahim dan bacaan Khutbah Aidiladha oleh Pengarah Agama MKTD, Kol Muhammad Azmi Wahab.

Simbolik acara ialah penyerahan pisau penyembelihan korban oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi kepada Timbalan Panglima Logistik TD, Brig Jen Abdul AZIZ Mohd Sharif.

Selain itu PTD berkesempatan mengagihkan daging korban kepada warga TD yang hadir.

Turut hadir TPTD, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Panglima Logistik TD, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close