Bersama PemimpinMK Medan BaratSemasa

Majlis Serah Terima Tugas Panglima Medan Barat Tentera Darat

KUALA LUMPUR: Seramai sembilan pegawai dan 169 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMB TD) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Medan Barat Tentera Darat di perkarangan MK PMB TD pada 23 Jul 2019.

Perbarisan diketuai oleh Lt Kol Norazmi Yaakob manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW l Salman Abdullah dan pancaragam yang mengiringi perbarisan ialah Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (PP RAMD) bawah pimpinan Mej Nor Azizan Yahya.

Acara dimulakan dengan menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas PMB TD diantara Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami disaksikan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi .

Terdahulu dari itu, sebaik ketibaan PTD,  beliau menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan  terdiri dari dua detasmen diiringi  Pancaragam Pusat RAMD.

Serba ringkas keperibadian Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, mengambil alih jawatan PMB TD pada 16 Dis 2016, beliau memulakan kerjaya tentera dengan menyertai Maktab Tentera Diraja (MTD) sehingga beliau lulus pada tahun 1979, dalam pengakuan kepada integriti, kesetiaan dan perkhidmatan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan negara, beliau telah diberi dengan pelbagai pingat hiasan dan anugerah merit oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan ATM.

Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close