Bersama PemimpinSemasa

PTD Berbuka Puasa Bersama Warga MKTD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi menghadiri Majlis Berbuka Puasa Markas Tentera Darat (MKTD) bertempat di Masjid Khalid Al-Walid pada 15 Mei 2019.

Ketibaan PTD dan isteri di perkarangan masjid di sambut oleh TPTD, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah bersama KS TD, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi.

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dan selepas itu PTD bersama warga MKTD menunaikan Solat Mahgrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Turut hadir Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin dan SMR TD, PW I Hayazi Abdul Aziz.

Gambar: Kpl Mohd Zulkifli Awang

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close