Bersama PemimpinSemasa

PTTK Tulang Belakang Keutuhan TD – PTD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi menyempurnakan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Pegawai Tak Tauliah Kanan (PTTK) sempena Hari Tentera Darat Ke-86 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 12 Apr 2019.

Majlis yang penuh istiadat ini merupakan adat serta budaya rejimental yang diamalkan sejak sekian lama bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang telah terjalin di antara mantan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) TD bersama PTTK walaupun mereka telah bersara.

Majlis dimulakan dengan acara bergambar dan seterusnya PTD menyampaikan penghargaan kepada tim penembak serta atlet TD di atas kejayaan mereka mengharumkan nama TD.

Dalam ucapan PTD, beliau menghargai kehadiran mantan SMR TD di mana ianya melambangkan hubungan dengan TD tetap abadi dan tetap segar.

“PTTK merupakan elemen penting yang menyumbang kepada pencapaian matlamat TD, sesungguhnya tanpa komitmen PTTK khususnya SMR, tidak mungkin TD dapat bergerak dan bertindak sebagai satu ketumbukan.

“Menguatkuasakan arahan dan dasar TD serta membantu pegawai atasan dalam menjayakan visi dan misi perkhidmatan, di samping menjaga dan meningkatkan tahap disiplin anggota adalah tanggungjawab hakiki yang besar.

“Kesimpulannya, PTTK dilihat sebagai Tulang Belakang Keutuhan TD dan cabarannya untuk terus kekal sebagai tulang belakang yang mantap,” tegas PTD.

Selain itu, beliau merumuskan bahawa PTTK berada di tahap yang relevan dengan kursus kepakaran yang telah dihadiri mengikut prosedur pelaksanaan tugas yang telah digariskan oleh TD.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin, Panglima Briged Artileri Roket merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Brig Jen Zulkefale A Rahman, SMR TD, PW I Hayazi Abdul Aziz serta mantan-mantan SMR TD.

Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya


Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Lihat juga

Close
Close