PenghargaanSemasa

Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Ismail Abetah

PAHANG: Seramai 18 pegawai dan 216 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mantan Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (TKPP), Mej Jen Dato’ Ismail Abetah di Padang Kawad Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (KP ATM) pada 4 Apr 2019.

Terdahulu dari itu, Mej Jen Dato’ Ismail Abetah menerima tabik hormat terakhir dari kontinjen perbarisan terdiri daripada lima detasmen diketuai oleh Lt Kol Mohamad Heikal Mohamad Hairi diiringi brassband dari Rejimen Pertama Kor Armor Diraja bertujuan sebagai tanda penghormatan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau selama 39 tahun 2 bulan 9 hari berkhidmat di dalam ATM amnya dan TD khasnya.

Dalam ucapannya, beliau berasa terharu serta berbangga di atas satu persembahan perbarisan yang penuh bersemangat serta mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Lt Jen Dato’ Sheikh Mohksin Sheikh Hassan mewakili Panglima Tentera Darat (PTD) yang sudi hadir dalam perbarisan penghargaan tersebut.

“sepanjang tempoh perkhidmatan, saya dapat melihat perkembangan dan pembangunan BSPP serta KRD khasnya telah menjadi sebuah organisasi yang disegani serta mampu menangani pelbagai spektrum ancaman sejajar dengan arus perkembangan strategik serantau dan global masa kini.

“di samping itu juga, bentuk kepimpinan yang meyakinkan, tahap profesional yang tinggi, latihan yang mantap serta semangat setia kawan yang tinggi adalah antara perkara-perkara asas yang perlu dititikberatkan bagi membolehkan warga BSSP serta KRD menjadi satu pasukan yang efektif dan efisien.

“nilai-nilai ini akan menjadi landasan kepada kekuatan kita dan menjadi sebuah organisasi perisikan yang mampu mempertahankan kedaulatan negara dalam apa jua bentuk ancaman,” ujar beliau.

Sejurus selepas perbarisan, KPPP turut membuat penyerahan peralatan ICT kepada KP ATM.

Mengimbas keperibadian Mej Jen Dato’ Ismail Abetah, beliau dilahirkan pada 10 Sep 1961 di Bukit Duyong, Melaka dan mula menyertai tentera pada 1 Jul 1980 serta mendirikan rumahtangga dengan Datin Sha’bbah Mohd Arsat dan mempunyai tiga cahaya mata.

Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin, Timbalan KPPP, Mej Jen Ahmad Norihan Jalal, Pegawai Unit Operasi Khas Jabatan Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail dan Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Engr Reizal Arif Tan Sri Ismail.

Gambar: Saifun Hakimi Zinon

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close