Bersama PemimpinKebajikanSemasa

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 40 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dari pelbagai kor dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 13 Mac 2019.

Kenaikan pangkat dimulai dengan Brig Jen Dato’ Muhammad Anwar Abdullah dinaikkan pangkat Mej Jen serta menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf MKTD – Cawangan Operasi dan Latihan serta dua pegawai kanan TD dinaikkan pangkat Brig Jen iaitu Kol Ajis Shariff yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perancangan Strategik, MK ATM – BPP manakala Kol Hassan Embong menjawat jawatan sebagai Panglima 30 Bgd.

Bagi kenaikan pangkat Lt Kol ke Kol, seramai sembilan pegawai dinaikkan pangkat dimulai dengan Lt Kol Ishak Ismail, Lt Kol Abdul Karim Ahmad, Lt Kol Sani S.Omar, Lt Kol Khairuddin Zakaria, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Zaini Salleh, Lt Kol Norulhisyam Md Shuib, Lt Kol Norzahari Efandy Zakaria, Lt Kol Prof Madya Dr. Mohd Nor Yahya dan Lt Kol Syed Zulkiflee Syed A.Rahman.

Manakala seorang pegawai kanan dinaikkan pangkat Kol Kehormat iaitu Lt Kol Datuk Hj Ramli Abu Bakar dan menjawat jawatan sebagai Juruiring kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, PTD turut memakaikan pangkat kepada 27 pegawai yang dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol.

Pada masa sama, majlis kenaikkan pangkat ini turut meraikan pegawai kanan yang dinaikkan pangkat lebih awal iaitu melibatkan empat pegawai kanan dinaikkan pangkat di Ladang Kamuning, Sg Siput, Perak pada 1 Mac 2019 dan tiga pegawai kanan dinaikkan pangkat pada 10 Mac 2019 bertempat di Padang Salcra Kedup II, Mongkos, Sarawak.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin dan pegawai kanan TD.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

P

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close