Bersama Pemimpin

Pegawai Kanan TD naik Pangkat

PERAK: Seramai empat pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat semasa Perbarisan Sempena Hari TD Ke-86 di Padang Bola Ladang Kamuning Sime Darby, Sg Siput pada 1 Mac 2019.

Kenaikan pangkat tersebut disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.

Pegawai kanan yang dinaikkan pangkat ialah Brig Jen Abd Malik Jiran dan Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin yang dinaikkan pangkat Mej Jen.

Manakala dua lagi pegawai kanan di naikkan pangkat Brig Jen iaitu Kol Marzuki Hj Mokhtar dan Kol Dr. Kwong Fook Wen.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Saifun Hakimi Zainon

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close