Bersama PemimpinHUTSemasa

BKTD Hiburkan Penduduk Sg Siput

PERAK: Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) membuat persembahan buat julung kalinya kepada penduduk Sg Siput Sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-86 bertempat di Padang Bola Ladang Kamuning Sime Darby, Sg Siput pada 2 Mac 2019.

Seramai 4000 pengunjung hadir bagi menyaksikan persembahan oleh BKTD yang menyanyikan pelbagai lagu patriotik dan terkini bagi menghiburkan penduduk setempat.

Persembahan ini juga merupakan acara kemuncak sambutan Hari TD di sebelah malam selain BKTD turut membuat persembahan di tempat pameran ketenteraan TD bermula dari 1 hingga 3 Mac 2019.

BKTD merupakan badan atau pasukan bagi meningkatkan imej TD dari perspektif seni dan budaya dengan menyediakan persembahan hiburan yang komprehensif, berkualiti serta bertaraf profesional kepada semua pelanggan sama ada tentera mahupun awam.

Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi turut mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan Hari TD Ke-86 kerana acara sedemikian yang melibatkan TD jarang berlaku di Daerah Sg Siput.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Saifun Hakimi Zainon

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close