2 DivBersama PemimpinSemasa

Lawatan PTD Ke MK 2 Div

PULAU PINANG: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi melakukan Lawatan Ulung beliau ke Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div) dan disambut oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad pada 11 Feb 2019.

Sebaik ketibaannya, PTD menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja (3 KAD) melibatkan tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Ibrahim Shahrudin diiringi Pancaragam Gabungan dari Brass Band 2 RAMD, 6 RAMD dan 3 KAD bertempat di Padang Kawad MK 2 Div.

PTD seterusnya memeriksa perbarisan KKU dan selesai acara tersebut beliau diperkenalkan kepada pegawai-pegawai staf MK 2 Div serta disusuli sesi taklimat di Bilik Mesyuarat MK 2 Div.

Lawatan diakhiri dengan penyerahan buku Dari Meja Panglima Tentera Darat (DMPTD) oleh PTD kepada Panglima 2 Div dan Panglima-Panglima Formasi naungan 2 Div.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, AKS OPLAT, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran dan Panglima-Panglima Formasi naungan 2 Div.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close