Semasa

PTD Lawat MK 3 Div

MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi melakukan Lawatan Ulung beliau ke Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) lalu disambut oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman di Perkarangan MK 3 Div pada 11 Jan 2019.

Beliau seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Mohd Faimy Fadly Md Yusub dan diiringi pancaragam dari Brass Band Rejimen Kedua Kor Amor Diraja (2 KAD).

Selesai KKU, PTD diperkenalkan kepada pegawai-pegawai seterusnya sesi bergambar dan beliau dibawa ke Bilik Gerakan MK 3 Div untuk mendengar taklimat lawatan.

Sejurus menunaikan solat Jumaat bersama warga Kem Terendak, PTD dibawa ke Padang Pavilion untuk menyaksikan gimik serta merasmikan demonstrasi keupayaan Multi Channel Radio System (MCRS).

Serba ringkas mengenai MCRS yang merupakan sistem komunikasi radio relay yang baharu di dalam perkhidmatan TD khasnya dan kepada Kor Semboyan Diraja (RSD) yang mana kemudahan komunikasi melalui video, data dan suara berkapasiti tinggi menggunakan ip-based sepenuhnya serta untuk menyediakan rangkaian komunikasi jalur lebar berkapasiti tinggi bagi menghubungkan MK Tak Div ke MK Tak Bgd dan kawasan senggaraan Bgd.

Lawatan diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan Kerja dan acara bergambar.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Pengerusi Kor RSD, Mej Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan dan AKS Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon


Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close