Semasa

2019 Tahun Ketumbukan Bersama

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin menyempurnakan Amanat Panglima Angkatan Tentera Tahun 2019 di Auditorium Kementerian Pertahanan pada 4 Jan 2019.

Amanat Panglima Angkatan Tentera Tahun 2019 dizahirkan dengan tujuan memberi gambaran, panduan dan rujukan kepada semua perkhidmatan berkenaan hala tuju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tahun 2019 bertemakan Year of Joint atau Tahun Ketumbukan Bersama.

Konsep ketumbukan bersama berkait rapat dengan interoperability di antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM di mana terdapat enam elemen utama yang ditekankan PAT dalam amanatnya.

Elemen pertama yang ditekankan adalah kesatuan, di mana penubuhan data fusion centre (dfc) dan information fusion centre (ifc) akan berfungsi sebagai one-stop centre yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat penting bagi tujuan mengkoordinasi serta menentukan respon tindak balas yang tepat dalam sebarang situasi keselamatan mahupun aktiviti di bawah military operations other than war (mootw).

Tambahan dari itu, ATM akan mewujudkan special forces operation command yang akan menggabungkan elemen pasukan khas dari ketiga-tiga perkhidmatan dalam melaksanakan tugas khas yang melibatkan kepentingan nasional dan strategik serta ATM juga dalam usaha untuk mewujudkan pemerintahan wilayah di seluruh negara agar pelaksanaan operasi dan pengoperasian yang lain akan lebih efektif serta efisien.

Elemen kedua ialah angkatan integriti, yang mana PAT berkehendakkan supaya seluruh warga ATM sentiasa menjadikan integriti, akauntabiliti dan ketelusan sebagai tunjang prakarsa dalam perkhidmatan serta wajib menjauhkan diri daripada amalan korup seperti rasuah, salahguna kuasa dan lain-lain tindakan yang boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap ATM.

Elemen ketiga kekal relevan dan tekal seiring masa, ATM perlu memahami, peka dan mendepani kemunculan sustaining technologies dan disruptive technologies agar boleh memanfaatkannya secara optimum serta dalam usaha untuk menyusun dan melihat semula konsep kesiapsiagaan pertahanan secara komprehensif dengan dipacu oleh teknologi, sains data, pengkomputeran awam, integrasi sistem serta kecerdasan buatan.

Tambahan daripada itu, menyedari kepentingannya, konsep peperangan siber elektromagnetik yang merupakan peperangan dimensi ke-empat ini turut dirangka di dalam pelan pembangunan strategik 4th Dimension Malaysian Armed Forces (4D-MAF) yang membenarkan akses kepada sistem komunikasi merangkumi segenap ruang darat, laut serta udara sekaligus memberi kelebihan kepada kuasa tempur ATM.

Elemen keempat angkatan ekslusif tetapi inklusif, ATM memainkan peranannya sebagai benteng utama pertahanan negara malah rakyat seharusnya menyedari bahawa mereka juga mempunyai peranan dalam mempertahankan keamanan serta kedaulatan bumi tercinta agar tidak mudah diperalat atau menjadi dalang kepada perosak agama, bangsa dan negara di mana konsep pertahanan menyeluruh (hanruh) perlu disegarkan semula kepada golongan generasi muda khasnya.

Elemen kelima kebajikan, di mana aspek kebajikan warga tentera sememangnya menjadi keutamaan ATM secara menyeluruh kerana ia merupakan faktor moral yang dapat memberikan impak positif terhadap komitmen oleh setiap individu dalam menjalankan tugas mempertahankan negara tercinta yang bukan sahaja kepada warga ATM dan keluarga mereka, malah kepada para veteran yang telah banyak menyumbang bakti kepada kelangsungan kedaulatan negara kita suatu ketika dahulu.

Elemen keenam pengukuhan diplomasi ketenteraan, di mana arah tuju ATM dalam elemen ini amat berkait dengan dasar luar kerajaan serta satu elemen utama kepada pendekatan an extension of policy akan terus menggunakan garis panduan dan dasar luar kerajaan dalam mengukuh hubungan bilateral dan muliteral.

Sehubungan itu, beberapa inisiatif termasuk trilateral cooperative arrangement (tca) dan malacca straits patrol (msp) antara beberapa negara ahli telah dan sedang dilaksanakan di mana melibatkan rondaan maritim, rondaan udara, intelligence exhange dan beberapa inisiatif lain bertujuan untuk mengeratkan serta mengukuhkan aspek interoperability di antara negara-negara rantau.

Sejurus selesai menyampaikan amanat, PAT menyerahkan Takwim Tahun 2019 kepada panglima perkhidmatan dan turut merasmikan Majlis Pelancaran Pek Jasa ATM yang ditaja oleh TM Bhd.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Seri Hj Affendi Hj Buang TUDM dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohd Reza Mohd Sany.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close