MINDEFSemasa

Program Khatan Perdana Peringkat ATM 2018

KUALA LUMPUR: Seramai 190 anak-anak warga Kementerian Pertahanan dikhatankan dalam Program Khatan Perdana Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) anjuran Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan sempena cuti sekolah bertempat di Masjid Khalid Ibnu Al-Walid pada 5 Dis 2018.

Terdahulu ketibaan Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato’ Kamalruzaman Mohd Othman (TUDM) diperkarangan masjid disambut oleh Pengerusi KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Hj Mamat.

Program yang bermula seawal jam lapan pagi itu diserikan dengan acara perarakan dari perkarangan KD Sri Gombak ke Masjid Khalid Ibnu Al-Walid serta diiringi oleh paluan kompang dan selawat.

Selain perarakan, anak-anak ini juga diraikan dalam acara disiram beramai-ramai oleh Ketua Staf Markas ATM,  sebagai simbolik Program Khatan Perdana Peringkat ATM dengan bantuan Pasukan Bomba daripada Stesen Bomba Kem Batu Kentonmen.

Objektif program adalah untuk menghidupkan dan mempertingkatkan Syiar Islam dikalangan warga KEMENTAH, selain itu juga mereka dapat merasai suasana meriah dan keterujaan sebelum dikhatankan disamping menyediakan khidmat berkhatan untuk anak-anak warga KEMENTAH.

Pada masa yang sama turut diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Sekolah kepada Asnaf Zakat ATM dengan penglibatan seramai 500 penerima terdiri daripada kalangan anak-anak anggota ATM.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL), Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar Yahya serta pegawai kanan ATM.

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close