Bersama PemimpinSemasa

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 14 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Wisma Perwira TD pada 17 Dis 2018.

Kenaikan pangkat dimulai dengan Brig Jen Dato’ Badrul Hisham Muhammad yang dinaikkan pangkat Mej Jen serta menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf MKTD-Cawangan Sumber Manusia dan dua pegawai kanan TD dinaikkan pangkat Brig Jen iaitu Kol Mohd Isa Jaafar yang menjawat jawatan sebagai Panglima 3 Bgd manakala Kol Muhammad Ariff Soo Abdullah menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Perkhidmatan, MK Pemerintahan Medan Barat TD.

Bagi kenaikan pangkat Lt Kol ke Kol seramai tiga pegawai kanan dinaikkan pangkat dimulai dengan Lt Kol  Samsul Rizal Musa, Lt Kol (Dr) Mohd Jeffry Jalaluddin dan Lt Kol Muhamad Azmi Wahab serta lapan pegawai dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada pegawai yang dinaikkan pangkat dan mengatakan kenaikkan pangkat ini adalah pengiktirafan TD atas kredibiliti dan prestasi cemerlang yang mana tiada istilah naik pangkat atas dasar kebajikan ataupun ihsan.

“Laksanakanlah tugas dengan penuh komited, dedikasi dan berintegriti kerana inilah ciri-ciri penentu rasa percaya  dan hormat pegawai serta anggota bawahan dipasukan kelak di mana elakkan gejala orang lain mempersoalkan kenaikan pangkat saudara dan saudari.

“Disamping itu janganlah dilupakan sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh pasangan kerana rezeki ini merupakan berkat kesetiaan dan kasih sayang keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan anda semua, ” tegas PTD.

Selain itu, PTD mahukan hadirin yang hadir mengambil iktibar diatas majlis kenaikan pangkat ini yang mana bukan hanya sekadar meraikan tetapi yang lebih penting ialah standard perkhidmatan serta cabaran kepada mereka agar mengekalkan kecemerlangan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan pegawai kanan TD. 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close