MINDEFSemasa

Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2018

KUALA LUMPUR: Majlis Sambutan Hari Inovasi peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2018 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong di Auditorium, Wisma Pertahanan pada 13 Nov 2018.

Sambutan Hari Inovasi ini merupakan program tahunan yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada warga kerja yang memperkasakan budaya inovasi serta kreatif secara berterusan bagi melahirkan pekerja yang lebih dedikasi, berdisiplin dan bertanggungjawab serta memperbaiki sistem bekerja dan sekaligus dapat menjana idea dari penciptaan produk yang boleh menyumbang dalam perkhidmatan serta pembangunan ekonomi negara melalui Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)-Horizon Baharu.

Sebanyak 58 kumpulan terdiri daripada warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengambil bahagian dalam pertandingan KIK di mana enam kategori dipertandingkan menyaksikan Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dinobatkan Johan dalam Inovasi Penyampaian Perkhidmatan, Tentera Udara Diraja Malaysia Johan dalam Kategori Penambahbaikan serta Inovasi Sosial manakala Anugerah Khas Inovasi dan Johan Keseluruhan telah dinobatkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Seri Hj Affendi Hj Buang TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohd Reza Mohd Sany.

Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close