Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai sembilan pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 30 Okt 2018.

Kenaikan pangkat dimulai dengan Mej Jen Datuk Wira Zamrose Mohd Zain dinaikkan pangkat Lt Jen serta menjawat jawatan sebagai Panglima Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) dan dua pegawai kanan TD dinaikkan pangkat Mej Jen iaitu Brig Jen Dato’ Dzulkarnain Ahmad yang menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala Brig Jen Ahmad Norihan Jalal menjawat jawatan sebagai Pengarah Direktorat Operasi, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Bagi kenaikan pangkat Kol ke Brig Jen seramai dua pegawai dinaikkan pangkat dimulai dengan Kol Hj Abd Rashid Hj Modzni dan Kol Ab Aziz Mohd manakala tiga pegawai berpangkat Lt Kol dinaikkan pangkat Kol iaitu Lt Kol Abd Razak Sipit, Lt Kol Ir. Khairul Said Mohd Ali dan Lt Kol Adnan Abu Hassan serta seorang dianugerahkan Kol Kehormat iaitu Dato’ Survevor Mohd Noor Isa

Turut hadir, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin dan pegawai kanan TD.

Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close