Bersama Pemimpin

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 66 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Wisma Perwira TD pada 18 Okt 2018.

Mendahului senarai, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dinaikkan pangkat Lt Jen serta menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) dan dua pegawai kanan TD dinaikkan pangkat Mej Jen iaitu Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dengan menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Bersama manakala Brig Jen Dato’ Yusri Hj Anwar kekal sebagai Panglima Gerup Artileri Pertahanan Udara (GAPU).

Bagi kenaikan pangkat Kol ke Brig Jen seramai enam pegawai dinaikkan pangkat dimulai dengan Kol Mohd Azmi Mohd Yusoff, Kol Engr Reizal Arif Tan Sri Ismail, Kol Khairul Azmizal Ahmad Natal, Kol Loh Kooi Leong, Kol Ibrahim Yasir dan Kol (Dr) Faizal Hj Baharuddin manakala 45 pegawai berpangkat Lt Kol dinaikkan pangkat Kol dan 11 pegawai berpangkat Mej dinaikkan pangkat ke Lt Kol.

Terdahulu dari itu, pegawai kanan Rejimen Semboyan Diraja (RSD) telah dinaikkan pangkat dimulai dengan Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan yang dinaikkan pangkat Mej Jen dan 12 pegawai kanan berpangkat Lt Kol dinaikkan pangkat Kol yang disempurnakan oleh Kol Yang DiPertua RSD, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Negeri Sembilan pada 16 Okt 2018.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Ya’akob Koming, pegawai kanan TD dan ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT).

Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

 

 

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close