Bersama PemimpinMK Medan BaratSemasa

Lawatan Ulung PTD Ke MK PMB TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi  melakukan Lawatan Ulung beliau ke Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat (MK PMBTD) pada 10 Okt 2018.

Sebaik ketibaan PTD, beliau disambut oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Zahrul Izwady di Perkarangan Kompleks MK PMB TD.

Selesai KKU, PTD diperkenalkan kepada pegawai-pegawai dan beliau dibawa ke Bilik Gerakan MK Medan TD untuk mendengar taklimat lawatan serta menandatangani Buku Lawatan.

Setelah selesai taklimat, PTD turut menghadiri jamuan makan tengahari bersama 500  pegawai dan anggota LLP di Dewan Dato’ Jamil.

Dalam ucapan PTD, beliau menasihati seluruh warga MK PMBTD agar memahami tugas serta peranan masing-masing dalam mengorak langkah bersamanya bagi menjadikan TD terus cemerlang berdasarkan empat teras ASAS yang terkandung  di dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-27.

Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi, KS Am MK PMBTD, Mej Jen Dato’ Azlan Abd Rahman dan pegawai kanan TD.

Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close