Bersama PemimpinSemasaTrup TD

Lawatan Ulung PTD Ke MK Log TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi  melakukan Lawatan Ulung beliau ke Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MK Log TD) pada 2 Okt 2018.

Sebaik ketibaan PTD, beliau disambut oleh Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada dua pegawai dan 99 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Hagil Azali Hamdan di Perkarangan MK Log TD.

Selesai KKU, PTD diperkenalkan kepada pegawai-pegawai dan beliau dibawa ke Bilik Gerakan MK Log TD untuk mendengar taklimat lawatan serta menandatangani Buku Lawatan.

Setelah selesai taklimat, PTD turut menghadiri jamuan makan tengahari bersama 234  pegawai dan LLP serta kakitangan awam MK Log TD.

Dalam ucapan PTD, beliau menasihati seluruh warga MK Log TD mengorak langkah bersamanya bagi menjadikan TD terus cemerlang berdasarkan empat teras ASAS yang terkandung  di dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-27.

Turut hadir Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin dan pegawai kanan TD.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close