SemasaTrup TD

76 Penuntut Kursus Asas Komando Dianugerahan Beret Hijau

MELAKA: Seramai lima pegawai dan 71 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kor Tentera Darat dianugerahkan Beret Hijau dalam Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/2/2018 yang disempurnakan oleh Ketua Staf Am 21 GGK, Brig Jen Datuk Jamaludin Jambi di Pantai Betutu Laut, Sg Udang pada 27 Okt 2018.

Kursus Asas Komando diadakan selama 12 minggu ini melatih penuntutnya agar mempunyai daya ketahanan dan fizikal yang tinggi sejajar dengan kepakaran GGK sebagai barisan penyusupan Tentera Darat di mana Beret Hijau merupakan kemegahan Gerak Khas, lambang keagungan, keperwiraan serta satu lambang mutu keperibadian yang amat tinggi nilainya.

Terdahulu acara dimulakan dengan demonstrasi serbuan pantai dan menyelamatkan tebusan diikuti Perbarisan Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas serta demonstrasi kepakaran Gerak Khas.

Demonstrasi ini secara tidak langsung mempamerkan keupayaan dan kesiapsiagaan trup TD amnya dan khususnya 11 RGK serta 21 GGK sebagai tunjang kedaulatan negara dalam menghadapi ancaman semasa selain sebagai perisai pertahanan negara.

Dalam ucapan Ketua Staf Am 21 GGK, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penuntut yang telah berjaya mengharungi dengan jayanya di samping menunjukkan kemampuan dan semangat waja yang diperlukan sebagai seorang anggota pasukan khusus.

Seorang anggota Beret Hijau adalah wira yang sentiasa berdisiplin tinggi, patuh dan taat kepada arahan dan peraturan ketenteraan serta sentiasa memegang teguh kepada sumpah perajurit komando sepertimana yang telah dilafazkan sebentar tadi dan saya menyarankan agar semua mengotakan ikrar yang telah dilafazkan, di mana ia disaksikan oleh semua anggota Gerak Khas dan ahli keluarga”, tegas beliau.

Penuntut Terbaik dinobatkan kepada Pbt Mohd Khairul Azmieyzan Abdullah dari Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD).

Turut hadir Komandan PULPAK, Kol Adi Ridzwan Abdullah, Pengarah Gerak Khas, Kol Othman Mustaffa, Veteran GGK dan keluarga penuntut kursus.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close