Bersama PemimpinMK TD

TD Diterajui PTD Baharu

KUALA LUMPUR: Warga Markas Tentera Darat (MKTD) hadir dalam Majlis Serah Terima Tugas Panglima Tentera Darat diantara Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dengan Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi disaksikan Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Hj Mohamad Sabu dan diiringi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin di Auditorium Kementerian Pertahanan pada 3 Sep 2018.

Majlis diteruskan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas PTD Ke-27 dan terdahulu dari itu diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Jeneral kepada Lt Jen Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi yang disempurnakan oleh MENHAN dan isteri PTD, Datin Seri Noor Akmar Yaacob.

Sedikit latar belakang PTD Ke-27, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan menjalani latihan ketenteraan di Officer Cadet School, Portsea, Australia, seterusnya ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Dis 1981.

Beliau telah berkhidmat selama 37 tahun di alam ketenteraan dan jawatan terakhir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat selama tempoh tujuh tahun sejak 1 Ogos 2011 selain pernah menyandang beberapa tugas utama iaitu Pegawai Staf 1 Tadbir MKTD, Ketua Staf MK 11 Bgd, Kol Latih dan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan di Cawangan OPLAT MKTD.

Tambahan daripada itu beliau merupakan satu-satunya Pegawai Infantri yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan ATM sejak 1 Apr 2001 hingga 17 Apr 2003 selain berpengalaman terlibat secara langsung memerangi ancaman komunis di sempadan tanah air sehinggalah perletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Dis 1989.

Menyentuh latar belakang keluarga beliau, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi telah dianugerahkan tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Datin Seri Noor Akmar Yaacob.

Turut hadir dalam acara bersejarah ini, Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong, KSU Kementerian Pertahanan, Dato’ Halimi Abd Manaf, panglima-panglima perkhidmatan dan pegawai kanan TD.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close