Penghargaan

Keunikan KRD Mesti Dipertahankan-Mantan KPPP

PAHANG: Mantan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin mahukan keunikan yang wujud dalam Kor Risik Diraja (KRD) haruslah dikekal dan dipertahankan iaitu kepelbagaian tugas yang dilaksanakan meliputi bidang Risik Tempur, Risik Balas, Perisikan Strategik, Cyber, Elektronik dan pelbagai ancaman lain.

Keunikan ini ialah kebebasan yang diberikan kepada warga KRD dalam memilih pendekatan yang paling sesuai bagi memenuhi keperluan misi berpandukan kepada situasi persekitaran, ancaman dan kepentingan misi yang perlu di laksanakan.

Di samping itu, beliau menyarankan agar usaha berterusan dibuat bagi mempertingkatkan kemahiran warga KRD dalam semua disiplin perisikan, memperkukuh dan meningkatkan mutu trade craft yang di aplikasikan serta memastikan segala doktrin dan methedologi yang di guna pakai sentiasa di kemas kini.

Pada masa sama bidang perisikan haruslah berkembang seiring dengan kemajuan dalam bidang teknologi di mana kemampuan mengaplikasikan teknologi terkini bagi pengurusan perisikan akan memberi kelebihan nyata kepada organisasi perisikan itu sendiri.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Perbarisan Penghargaan beliau yang di adakan di Padang Kawad Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (KP ATM) pada 24 Sep 2018.

Tambahnya lagi, beliau mahukan warga KRD sentiasa bersatu dan memperkukuhkan semangat setia kawan dan espirit de corps yang mana unsur ini amat penting dan menjadi nadi penggerak kepada setiap organisasi ketenteraan bagi melahirkan perasaan sayang kepada organisasi.

“Perkara penting yang perlu dihindarkan ialah mengelakkan sebarang usaha yang mampu menjejas dan merosakkan nama baik KRD.

“Budaya surat layang dan character assassination perlu dihapuskan kerana ia akan merugikan kita semua di mana pengalaman yang lalu dijadikan iktibar serta mendewasakan kita dan janganlah kita menghampakan usaha warga KRD yang terdahulu,” jelas Mantan KPPP.

Terdahulu dari itu, sebaik ketibaan Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin, beliau disambut oleh Pengarah KRD, Kol Hamzah Ali lalu menerima tabik hormat terakhir dari kontijen perbarisan yang terdiri dari lima detasmen yang diketuai oleh Lt Kol Mohamad Wasli Musa bertujuan sebagai tanda penghormatan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau selama 38 tahun di dalam ATM amnya serta TD khasnya.

Seramai 18 pegawai dan 216 anggota Lain-Lain Pangkat Kor Risik Diraja (KRD) dan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mantan KPPP, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin serta diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja.

Majlis diakhiri dengan acara street lining yang bermula dari Dewan Serbaguna hingga ke penghujung Padang Kawad KP ATM

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, KPPP, Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Ketua Unit Khas Jabatan Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail dan AKS Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin.

 

Gambar: SSjn Vijay Gaundar dan LKpl Ainur Aisyah

 

 

 

 

 

 

Karier Mej Jen Dato’ Mohd Sobri Paridaludin Hj Ismail bermula pada tahun 1981 apabila ditauliahkan sebagai Lt M dalam Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) namun pada tahun 1987 beliau nekad mengambil keputusan bertukar kor dengan menyertai KRD semasa berpangkat Lt.

“Sejak berhijrah menyertai KRD, kerjaya yang dilalui memberikan banyak pengalaman, pengetahuan dan kenangan tanpa menyedari saya sudah sampai ke penghujungnya.

“Jangkamasa perkhidmatan saya banyak memberikan opportunity dan rahmat sehinggakan membentuk siapa diri saya sebagai seorang individu serta berpeluang melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi dalam dan luar negara demi perkembangan kerjaya serta membolehkan saya memegang beberapa jawatan penting,” jelasnya.

Tambahnya lagi, beliau dapat melihat perkembangan positif organisasi Perisikan Pertahanan dan KRD dalam konteks struktur organisasi, fasilitas, keanggotaan serta peningkatan terhadap hubungan perisikan serantau antarabangsa.

Selain itu beliau mengingatkan agar setiap warga KRD melengkapkan diri dan dapat memainkan peranan dengan lebih efektif dan efisien serta memperlihatkan kemampuan supaya KRD terus kredibel serta mampu melaksanakan misi dalam pelbagai dimensi.

Jawatan TKPPP merupakan jawatan yang paling lama disandang oleh Mej Jen Dato’ Mohd Sobri Paridaludin Hj Ismail iaitu selama enam tahun dan turut mendapat kepercayaan penuh dari Mantan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin dalam menentukan kelestarian BSPP.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohamad Abd Rahman, Ketua Projek Khas Jabatan Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail, AKS Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close