2 DivSemasaSukan

TD Johan Bolasepak Antara Perkhidmatan

PULAU PINANG: Tentera Darat Malaysia (TDM) muncul juara dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM Tahun 2018 menewaskan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Stadium Universiti Sains Malaysia pada 17 Ogos 2018.

Perlawanan akhir tersebut menyaksikan Lans Koperal Nurfarez Imadie Mohd Nor dari TD menjadi wira apabila meledakan jaringan gol pada separuh masa kedua tanpa dibalas oleh TLDM sekaligus membantu pasukan TD muncul juara dengan keputusan 1-0.

Majlis penutup disempurnakan oleh Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Kamarulzaman Mohd Othman yang mewakili Panglima Angkatan Tentera (PAT) telah membacakan teks ucapan PAT yang mengharapkan agar Majlis Sukan ATM dapat berusaha serta meningkatkan semua aspek sukan di dalam ATM bagi tujuan untuk melihat anggota-anggota ATM menyerlah di peringkat kebangsaan serta di persada antarabangsa.

“Nilai-nilai murni ketenteraan juga mampu diterapkan di dalam pasukan ATM supaya ianya akan membantu menaikkan semangat juang tanpa mengaku kalah dengan mudah kerana ATM berupaya melahirkan satu pasukan yang bersemangat, berdaya saing, berpengetahuan, mampu mengikuti perubahan teknologi dan sentiasa mengejar kejuaraan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi JK Perubatan Dan Sains Sukan, Mej Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amar Abd Rahman, Panglima 30 Bgd, Brig Jen Hashim Aman Shah, Panglima Wilayah Laut 3, Laksma Rosli Ahmad (TLDM), Pengerusi JKK LSTD, Brig Jen Dato’ Hashim Jabar.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close