HUTSemasaTrup TD

Sambutan HUT RGK Ke-53

JOHOR: Seramai 18 pegawai dan 171 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Gerak Khas (RGK) Ke-53 yang diadakan di Padang kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas pada 1 Ogos 2018.

Ketibaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Mej Jen Datuk Hasan Ali lalu menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan diiringi alunan lagu Johor.

Perbarisan yang Gagah dan Mantap ini diketuai oleh Kol Mohd Fouzi Sulaiman dan acara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan kontinjen oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor diiringi Panglima 21 Gerak Khas.

Dalam Titah Duli Yang Amat Mulia Tenku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tenku Mahkota Johor, baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga RGK di atas kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda, Institusi Raja dan kedaulatan negeri Johor.

“Warga rejimen bukan sahaja perlu meningkatkan kemahiran Tentera malah setiap warga perlu didedahkan semangat juang yang tinggi dan disiplin untuk menjadi sebuah pasukan elite yang mantap.

“Selain itu, warga rejimen juga perlu bersatu dan seharusnya memberi perhatian yang lebih khususnya tahap kesiapsiagaan serta sentiasa proaktif dan up to date agar membentuk pasukan yang dinamik dalam dunia siber yang serba canggih.

“Pembangunan sumber manusia dan kecanggihan peralatan serta ilmu ketenteraan yang pelbagai juga perlu dimiliki bagi mendorong aspirasi Angkatan Tentera,” jelas baginda.

Acara diteruskan dengan Majlis Santapan Ringan dan Anugerah Jaguar sukan kepada atelit-atelit Gerak Khas yang telah mengharumkan Gerak Khas di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Antara atelit yang diberi anugerah adalah atelit sukan lasak, seni pertahanan diri dan tinju. Bagi atelit yang telah dinobatkan sebagai Jaguh akan menerima sijil, baju banzer lambang penuh, serta wang tunai RM 1000.00.

Gambar: SSjn Ahmad Norizam Jaaffar

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close