MK Medan BaratSemasaSukan

Penyerahan Bendera 2 Div Sempena Karnival Sukan PMBTD

PERLIS: Seramai 18 pegawai dan 130 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) hadir semasa majlis penyerahan bendera 2 Div kepada kontingen 2 Div bagi menyertai Karnival Sukan Pemerintahan Medan Barat TD (PMBTD) di Dewan Serbaguna Kem Bukit Cowder pada 2 Ogos 2018.

Pada majlis tersebut Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar telah menyerahkan bendera 2 Div kepada Panglima 30 Bgd, Brig Jen Hashim Aman Shah, selaku Chef De Mission kontingen 2 Div.

Panglima 2 Div dalam ucapannya, beliau berharap agar semua peserta yang mewakili 2 Div akan berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kejuaraan yang diperolehi pada tahun 2016.

Beliau juga mengingatkan kepada semua peserta agar sentiasa menjaga disiplin dan nama baik 2 Div serta keselamatan diri masing-masing di sepanjang karnival ini berlangsung.

Turut hadir pegawai-pegawai kanan di bawah naungan 2 Div.

Gambar: Pbt Muhammad Iszam Ishnin

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close