MK Medan BaratSemasaSukan

Karnival Sukan Peringkat PMBTD

KUALA LUMPUR: Acara Penutup Karnival Sukan Peringkat Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah di Padang Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja pada 7 Ogos 2018.

Karnival Sukan Peringkat (PMBTD) tahun 2018 anjuran Markas Grup Artileri Pertahanan Udara (MK GAPU) yang melibatkan 4 formasi utama iaitu, Trup PMBTD, 2 Div, 3 Div dan 4 Div berlangsung selama tiga hari mulai 5 hingga 7 Ogos 2018 di Kem Perdana, Sungai Besi.

Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Tampar, Bola Jaring, Sepak Takraw, Futsal, Merentas Desa dan Road Relay di mana Johan keseluruhan disandang oleh formasi 3 Div.

Panglima 3 Div dalam ucapan penutup mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan serta menjayakan program karnival sukan pada tahun ini.

Turut hadir, Ketua Staf Perkhidmatan, Brig Jen Dato’ Hj Abdul Khalid Hamzah, Panglima 30 Bgd, Brig Jen Hashim Aman Shah dan Timbalan Panglima GAPU, Kol Khairul Izan Muhammad Suffian.

Oleh: Gabungan Jurugambar MK PMBTD, MK GAPU, MK BAR dan 71 RSD

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close