Latihan

Eksesais Land MALPHI 2 Bgd Siri 19/2018

PERAK : Eksesais Land MALPHI siri 19/2018 merupakan eksesais yang diadakan setahun sekali dengan hos penganjuran secara bergilir, latihan dua hala antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Filipina (TDF) ini bagi mengeratkan hubungan dua negara di samping berkongsi taktik, teknik dan kaedah terbaik dalam merealisasikan keamanan serantau.

Eksesais ini dilaksanakan selama 14 hari bermula pada 5 hingga 18 Ogos 2018 di 23 RAMD, Kem Gua Permai, Ipoh, Perak.

Exersice melibatkan 35 pegawai dan lima anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TDF dan 80 pegawai dan anggota TDM dari Batalion Ke-23 RAMD.

Eksesais ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama Cross Training Exersice (CTX), fasa kedua Bn Staffex dan fasa ke tiga Command Post Exersice (CPX) menggunakan system Battle Tek IV- Pusat Olah Perang.

Senario eksesais ini berkonsepkan operasi Build Up Area- Offensive di kawasan bandar dan kawasan penempatan penduduk sekitar kawasan am Sungai Siput Utara. Selain daripada itu melalui eksesais ini juga dapat berkongsi pengalaman dua negara berkaitan Battle of Marawi dan Peristiwa insiden di Sauk.

Perasmian Pembukaan Latihan disempurnakan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Filipina, Mej Gen Robert Musni Arevalo dan Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam bin Hj Jaffar.

Gambar: Rusdan Abdullah

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close