Semasa

Eks Keris Strike Melabuh Tirai

NEGERI SEMBILAN: Eks Keris Strike Siri 22/2018 yang bermula sejak 23 Jul yang lalu, telah ditutup secara rasminya pada 3 Ogos 2018.

Upacara Penutup Eks berlangsung di Padang Kawad 15 RAMD, Kem Senawang disempurnakan oleh Deputy Director of the US Army National Guard, Maj Gen Timothy M. Mckeithen hadir sama Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.

Simbolik sebagai tanda berakhirnya Eks ialah penanggalan toha yang dimulakan oleh kedua-dua Pengarah Eksesais iaitu Panglima 1 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Reduan Hj Omar dan Brigade Commander 96th Troop Command Army National Guard, Col Anthony Lieggi.

Eks kali ini menyaksikan latihan Command Post Ex (CPX) memberi tumpuan kepada senario bencana alam manakala latihan Field Troop Ex (FTX) menjadi medan perkongsian ilmu peperangan hutan yang diadakan di kawasan Lenggeng.

Gambar: MK 1 Bgd dan 15 RAMD

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close