Bersama PemimpinKebajikanSemasa

Serah Terima Tugas PAB Ke-11

KUALA LUMPUR: Pegawai Markas Angkatan Bersama (MAB) hadir dalam  Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama (PAB) di antara Laksamana Madya Datuk Mohd Reza Mohd Sany dengan Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman di Dewan Perkasa Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 10 Jul 2018.

Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas PAB Ke-11 yang disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin dan seterusnya memakaikan insignia pemerintah kepada panglima yang baharu.

Menyentuh keperibadian PAB Ke-11, Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman, beliau sebelum ini memegang jawatan Panglima Armada Timur sejak 27 Apr 2017 dan pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya sebagai Komandan Maktab Tentera Diraja, Panglima Wilayah Laut 2, Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan Panglima Pendidikan dan Latihan.

Manakala mantan PAB Ke-10, Laksamana Madya Datuk Mohd Reza Mohd Sany memegang jawatan berkenaan mulai 30 Nov 2017 dan kini akan menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut.

Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Timbalan Panglima Tentera Darat,  Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Seri Ackbal Hj Abdul Samad TUDM.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close