HUTSemasa

Sambutan HUT KOD Ke-61 Zon Sibu

SARAWAK: Seramai empat pegawai dan 47 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Ordnans Diraja (KOD) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) KOD Ke- 61 peringkat Zon Sibu di hadapan pejabat tadbir 9 Kompeni KOD pada 16 Jul 2018.

Terdahulu Pegawai Pemerintah 9 KOD, Mej Mohd Faizal Mohamed menerima tabik hormat dari Ketua Perbarisan, Kapt Mohamad Affiroel Faqikh Yusoff dan selepas memeriksa perbarisan, beliau turut membacakan perutusan sempena HUT KOD Ke-61.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan turut diserikan lagi dengan pemberian sumbangan kepada anak kurang upaya anggota KOD.

Turut hadir, veteran KOD, ahli BAKAT dan kakitangan awam.

Gambar: Pbt Nazirul

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close