HUTSemasa

Sambutan HUT KJLJD Ke-61

NEGERI SEMBILAN: Seramai 21 Pegawai dan 247 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Kor JLJ Diraja Ke-61 yang diadakan di Padang Kawad Institut kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah pada 13 Jul 2018.

Dalam perbarisan tersebut Pengerusi Kor JLJ Diraja, Mej Jen Dato Hanafiah Jaafar mengambil tabik hormat perbarisan yang di ketuai oleh Lt Kol Muhamad Pasli Sarman.

Dalam penyampaian perutusan HUT KJLJD Ke-61, beliau merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga KJLJD dan pesara-pesara di atas kehadiran, sokongan dan ikatan Esprit De Corps di kalangan warga dan pesara KJLJD sejak 61 tahun kewujudannya.

Dalam perutusan ini juga, beliau menjelaskan bahawa untuk mensasarkan objektif bagi lima hala tuju teras Tentera Darat, KJLJD perlu berada di tahap yang tinggi dicapai melalui pengurusan sumber yang mantap dan berkesan serta pengolahan latihan dan penilaian yang konsisten untuk peningkatan kemahiran dan kompetensi.

Dalam perbarisan tersebut, beliau turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Woksyop Cemerlang bagi tahun 2017 di mana bagi kategori Woksyop Div disandang oleh 73 Wksp Div, kategori Woksyop Briged disandang oleh 2 Wksp Bgd, kategori woksyop Arti disandang oleh 41 Wksp Arti dan bagi kategori Woksyop Mekanise/Armor, disandang oleh 33 Wksp Armor.

Gambar: Kpl Mohd Asyraf dan LKpl Muhammad Affandi

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close