Bersama PemimpinSemasa

Rumah Terbuka Aidilfitri TD Meriah

KUALA LUMPUR: Seramai 6000 warga Tentera Darat (TD) bersama keluarga hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TD yang disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Kem Wardieburn pada 8 Jul 2018.

Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam meraikan hari kemenangan buat umat Islam di antara semua peringkat anggota disamping dapat beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Rumah terbuka yang bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang itu menyaksikan warga TD bersama keluarga saling beramah mesra selain menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Acara dimeriahkan lagi dengan pemberian duit raya kepada 80 pelajar tahfiz dari Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM), 90 anak-anak kelainan upaya dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan kanak-kanak yang hadir oleh PTD bersama pegawai kanan.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, pegawai-pegawai kanan TD dan Veteran TD.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close