Semasa

PJM Erat Hubungan Tentera dan Rakyat

KUALA LUMPUR: Seramai 50 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan Pancaragam Pusat RAMD (PP RAMD) terlibat dalam Program Jiwa Murni (PJM) Gotong Royong bersama AJK Pengurusan Surau Al-Falah, Bandar Tasek Selatan pada 27 Jul 2018.

Program tersebut dimulakan dengan taklimat program yang telah disampaikan oleh Tuan Hj Muniruddeen Abd Aziz merangkap Pengerusi Surau Al-Falah, Bandar Tasek Selatan.

Acara diteruskan dengan pembahagian tugas oleh Pengelola PJM, SSjn Mohd Faizal Mohamed Said.

Semua yang terlibat ditugaskan dibawah seliaan Pegawai Agama 1 RAMD, Kapt Ust Mohamad Nasry Mohd Nor dan telah membersihkan keseluruhan surau termasuk di bahagian luar dan dalam surau.

Aktiviti diakhiri dengan Solat Asar berjemaah dan minum petang yang telah disediakan oleh pihak pengurusan surau.

Gambar: LKpl Mohamad Hafizi Abd Rahim

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close