4 DivSemasaSukan

Penyerahan Bendera Kepada Tim Olahraga 4 Div

KUALA LUMPUR: Seramai 84 orang pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) hadir dalam Acara Penyerahan Bendera kepada Tim Olahraga 4 Div yang disempurnakan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi kepada Pegawai Memerintah 74 Bn KPD, Lt Kol Nasarudin Mansor di Markas 4 Div pada 9 Jul 2018.

Dalam ucapannya, Panglima mahukan peserta 4 Div dapat merangkul lebih banyak emas dari sebelumnya dalam Olahraga Tentera Darat.

Beliau turut menegaskan agar Tim Olahraga 4 Div dapat memberikan komitmen dan menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan ini dan kerjasama antara pasukan pasti dapat membuahkan kejayaan.

Turut hadir, Pegawai-pegawai kanan MK 4 Div.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close