Semasa

Majlis Serah Terima Tugas

KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi menyaksikan Majlis Serah Menyerah Tugas Ketua Jurutera, Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) dan Pengarah Kor Ordnans Diraja (KOD) di Bilik Tanjung, Wisma Transit pada 9 Jul 2018.

Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Ketua Jurutera lalu Kol Ir Abdul Hamid Mohd Isa menyerahkan Dokumen Serah Terima Tugas kepada Ketua Jurutera yang baharu, Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir Hj Abdul Rahman.

Acara diteruskan dengan acara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Pengarah KPD di antara Brig Jen Wan Ghazali Wan Din dengan Brig Jen Hj Abdul Malik Hj Amid dan Serah Terima Tugas Pengarah KOD di antara Brig Jen Baharudin Jamin dengan Brig Jen Mohd Norbi Ismail.

Turut hadir Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin, Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar dan pegawai kanan.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close