BAKATMK Medan BaratSemasa

Majlis Penghargaan BAKAT Gabungan MK PMBTD

KUALA LUMPUR: BAKAT Gabungan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) telah menganjurkan Majlis Penghargaan BAKAT Gabungan MK PMBTD di Rumah BAKAT Darat pada 10 Jul 2018.

Majlis ini adalah bersempena untuk meraikan pengerusi dan ahli-ahli BAKAT yang bersara dan bertukar keluar.

Lt Kol Datin Norhayati Abdul Jamak (B) yang merupakan mantan Pengerusi BAKAT Gabungan MK PMBTD telah mewakili ahli-ahli BAKAT yang bersara dan bertukar keluar untuk memberikan ucapan penghargaan atas jemputan majlis.

Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar ahli-ahli BAKAT yang masih berkhidmat agar sentiasa memberikan sokongan dan meneruskan aktiviti-aktiviti BAKAT serta menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan.

Turut hadir Naib Pengerusi 1 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Rashidah Abdul Rahim, Pengerusi BAKAT Gabungan MK PMBTD, Datin Hajah Siti Fadzilah Hj Ismail, Timbalan Pengerusi BAKAT Gabungan MK PMBTD, Datin Hajah Nur Hazan Yaacob dan ahli-ahli BAKAT yang diraikan.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close